Lautan Pemikiran

Berfikir Jalan Keimanan

Archive for the ‘Corat Coret’ Category

Tinta Berkarat di Senja Hari

Posted by thinker on 31/12/2012

31 Disember 2012,

18.00, Di saat menunggu waktu pulang kerja

Seharian di depan komputer,

Kerja-kerja kebanyakannya sudah siap. Hampir seharian menghabiskan waktu dengan membaca di depan komputer. Tiba-tiba teringatkan blog tercinta. Singgah sebentar. Sudah terlalu lama tidak diupdate, bahkan link-link teman yang dipapar di dalam blog ini juga hampir majoritinya sudah tidak diupdate, ada yang ‘terkunci’ dan bahkan ada juga yang sudah ‘ditutup’. Lucu bila melihat ada blog teman yang kali terakhir meng-updatenya adalah pada 2 – 3 tahun yang lalu. Mungkin zaman sekarang blog sudah kurang laku. Facebook menang, walau keduanya berbeza fungsinya.

10minit,  – hanya sekadar menitipkan curhat di sore hari. kerana sekarang sudah waktunya untuk pulang menatap orang-orang yang kucintai… Bulan & Luqman al-Hakim, Doakan abi smg selamat sampai ke rumah 🙂

18.11 – Pen Off

Advertisements

Posted in Corat Coret, Diary | Leave a Comment »

Iklan Mabuk Si Lanun

Posted by thinker on 08/06/2011

Jam kelihatan pukul 12.45 tengah malam. Sampan sedang didayung di lorong yang bukan untuk kapal layar, tapi hanya untuk sampan yang menggunakan 2 pendayung depan dan belakang. Tiada sampan lain di sekitarnya, baik di tepi, depan mahupun di belakang. Itulah suasana laluan laut persekutuan pada jam sekian itu. Ketika sampan sedang memecut pada kelajuan 90km/j sebelum memasuki lembah hitam yang menempatkan para lanun berlesen mengutip cukai, ternampak satu iklan di tepi laluan tersebut. Iklan tersebut ditulis dengan kain rentang berdigital. Lampu kelap-kelip yang menarik perhatian para pedagang, khususnya pedangang yang membawa kapal muatan melebihi 5000 tan ke atas. Dalam hati mengatakan, mungkin geng-geng lanun yang meletakkannya. Iklan berbunyi, “Gunakan Tiket Sentuh & Pergi untuk mengelakkan kesesakan lalulintas”. Aku tersenyum bersimbah marah di dalam hati. Lanun oh lanun, sampai bila kau nak jadi bodoh. Teori kesesakan lalu lintas pun diorang masih tak faham. Hukum sebab akibat pun masih masih tak lepas. Apatah lagi hukum halal dan haram, lagilah Fail! Read the rest of this entry »

Posted in Corat Coret | Leave a Comment »

Mitos-mitos Pernikahan

Posted by thinker on 24/08/2010

Kata orang, dunia ini dah hampir nak kiamat. Alasan mereka berbagai-bagai. Ada yang kata… masa berjalan dengan begitu pantas, sampai hari Hari Jumaat yang lepas, seakan baru semalam, dan sekarang dah pergi solat Jumaat lagi (macam ayat orang  yang malas nak pergi solat Jumaat je). Ada pula yang kata sebab lapisan ozon dah semakin nipis, lalu suhu pula semakin meningkat. Ni macam kata-kata mitos Pak-pak Menteri Kerajaan Malaysia, yang sering ditipu oleh fakta-fakta (baca: khayalan-khayalan) saintis Barat.

Sejenak saya berfikir, jika dahulu saya rajin menulis dan berceloteh di dalam blog ini… tapi lain pula ceritanya sekarang. Saya terpaksa (bukan kena paksa) mengagih-agihkan masa saya dengan cermat. Ini kerana… saya tidak bujang lagi!

Target Menikah

Saya pernah mempunyai target, bahawa saya akan menikah pada ketika umur saya 30 tahun. Bukan kerana saya mahu lewat untuk menikah, atau sengaja suka-suka ‘mentarget’. Ibarat membidik burung di atas pokok dengan senapang. Akan tetapi, kerana di dalam benak saya bermain-main satu perkara, iaitu sukarnya mencari pasangan yang tidak memberatkan mahar dan mas kahwin. Jangankan mahar yang berharga RM22,222.22, mas kahwin yang 4 angka pun masih terpinga-pinga untuk ‘dicari’. Banyak komitmen lho. Bukan boros-borosan! Bil air, elektrik, internet, sewa rumah dan bla.. bla… bla… apatahlagi hidup di KL. No Money No Everything!

Kais pagi makan sahur, kais petang makan iftar. Begitulah gambarannya.

Tapi, target dan anggapan saya kini meleset. Kerana saya telah menikah ‘seawal’ umur 25 tahun. Read the rest of this entry »

Posted in Corat Coret | 2 Comments »

Membuka Lembaran Diari 2010

Posted by thinker on 01/01/2010

Saat ini kepulan asap di Bandar kota, terlihat jelas dari pemandangan tingkap rumah kedai saya di tingkat 3. Bunyi mercun selama 10 minit tadi, baru sahaja habis kedengaran. Entah berapa ratusan ribu ringgit telah habis dibakar hanya untuk acara 10 minit itu tadi. Semoga tahun Hijriyyah tidak disambut dengan sedemikian rupa. Nau’dzubillah Min Dzalik.

Lihatlah! Berapa ramai manusia, yang telah menghabiskan masa di dataran-dataran, tepi-tepi jalan, mall-mall kota, club-club dan tuuuttt… sebagai hasilnya… berapa ramai gadis yang ternoda, lelaki yang perkasa, dan anak-anak zina yang bakal ’tercipta’. Sungguh menyedihkan! Malam seribu macam maksiat…

Yahoooooo… Maksiat! Mungkin itulah kata hati-hati sang pelaku maksiat. Mereka tidak tahu, untuk apa mereka dihidupkan ke dunia, dan akan ke mana kelak mereka. Sadis dan memilukan.

Terlintas di pelupuk hati, terbayang di sanubari… kenapa tidak ada perayaan ”Hari Baru”, ”Minggu Baru”, ”Bulan Baru”…. dan kenapa hanya ”Tahun Baru”???

Ah, itu hanya persoalan bodoh saya seorang sahaja. Kerana jawapannya sudah ada. Cuma… cuba fikirkan… apakah bezanya… antara jam 11.59 p.m pada tanggal 31 Disember 2009 dengan jam 12.00 lebih satu detik pada tanggal 1 Januari 2010? Read the rest of this entry »

Posted in Corat Coret, Diary | Leave a Comment »

Kecantikan Paras Itu Hanyalah Senipis Kulit

Posted by thinker on 30/12/2009

Pernah dengarkah yang kecantikan paras itu hanyalah senipis kulit?

Kalimat yang terpapar di wall facebook seorang teman. Membuat kepala saya angguk tanda setuju dengan persoalan tersebut. Kecantikan merupakan sesuatu yang abstrak pada pandangan manusia. Walaupun kadangkala ianya sesuatu yang objektif mengikut standarisasinya tersendiri di kalangan para pencinta keanggunan dan kecantikan. Untuk siapa? Cantik tentu tidak ditujukan kepada lelaki, justeru wanita!

Kecantikan merupakan suatu anugerah. Ramai wanita yang cantik… lupa bahawa kecantikan yang diberikan kepadanya bukan untuk dibangga-banggakan. Sehingga ia lupa maksud penciptaan. Auratnya diumbar, didedahkan… malah menjadi hiasan eksotik yang dijual belikan di publik.

Lebih dari itu, dengan kelebihan paras rupa yang Allah beri, manusia kadang lupa diri. Terasa asyik dengan pujian dan pandangan manusia. Tanpa ia sedar, bahawa pemberian yang datang dari Allah itu, boleh ditarik nikmatnya pada bila-bila masa sahaja, kerana ia merupakan pinjaman dari Sang Pemilik Mutlak. Manusia alpa! Read the rest of this entry »

Posted in Corat Coret | Leave a Comment »