Lautan Pemikiran

Berfikir Jalan Keimanan

Archive for the ‘Diary’ Category

Tinta Berkarat di Senja Hari

Posted by thinker on 31/12/2012

31 Disember 2012,

18.00, Di saat menunggu waktu pulang kerja

Seharian di depan komputer,

Kerja-kerja kebanyakannya sudah siap. Hampir seharian menghabiskan waktu dengan membaca di depan komputer. Tiba-tiba teringatkan blog tercinta. Singgah sebentar. Sudah terlalu lama tidak diupdate, bahkan link-link teman yang dipapar di dalam blog ini juga hampir majoritinya sudah tidak diupdate, ada yang ‘terkunci’ dan bahkan ada juga yang sudah ‘ditutup’. Lucu bila melihat ada blog teman yang kali terakhir meng-updatenya adalah pada 2 – 3 tahun yang lalu. Mungkin zaman sekarang blog sudah kurang laku. Facebook menang, walau keduanya berbeza fungsinya.

10minit,  – hanya sekadar menitipkan curhat di sore hari. kerana sekarang sudah waktunya untuk pulang menatap orang-orang yang kucintai… Bulan & Luqman al-Hakim, Doakan abi smg selamat sampai ke rumah 🙂

18.11 – Pen Off

Advertisements

Posted in Corat Coret, Diary | Leave a Comment »

Membuka Lembaran Diari 2010

Posted by thinker on 01/01/2010

Saat ini kepulan asap di Bandar kota, terlihat jelas dari pemandangan tingkap rumah kedai saya di tingkat 3. Bunyi mercun selama 10 minit tadi, baru sahaja habis kedengaran. Entah berapa ratusan ribu ringgit telah habis dibakar hanya untuk acara 10 minit itu tadi. Semoga tahun Hijriyyah tidak disambut dengan sedemikian rupa. Nau’dzubillah Min Dzalik.

Lihatlah! Berapa ramai manusia, yang telah menghabiskan masa di dataran-dataran, tepi-tepi jalan, mall-mall kota, club-club dan tuuuttt… sebagai hasilnya… berapa ramai gadis yang ternoda, lelaki yang perkasa, dan anak-anak zina yang bakal ’tercipta’. Sungguh menyedihkan! Malam seribu macam maksiat…

Yahoooooo… Maksiat! Mungkin itulah kata hati-hati sang pelaku maksiat. Mereka tidak tahu, untuk apa mereka dihidupkan ke dunia, dan akan ke mana kelak mereka. Sadis dan memilukan.

Terlintas di pelupuk hati, terbayang di sanubari… kenapa tidak ada perayaan ”Hari Baru”, ”Minggu Baru”, ”Bulan Baru”…. dan kenapa hanya ”Tahun Baru”???

Ah, itu hanya persoalan bodoh saya seorang sahaja. Kerana jawapannya sudah ada. Cuma… cuba fikirkan… apakah bezanya… antara jam 11.59 p.m pada tanggal 31 Disember 2009 dengan jam 12.00 lebih satu detik pada tanggal 1 Januari 2010? Read the rest of this entry »

Posted in Corat Coret, Diary | Leave a Comment »

Titisan Hujan Menyapa Kalbu

Posted by thinker on 30/11/2009

Petang hari ini kelihatan berbeza. Titisan hujan yang tidaklah lebat, meneduhkan perasaan penghuni penduduk di kawasan ini. Kala senja itu, ada ayat-ayat yang perlu dibaca. Tapi bukan daripada novel-novel di rak buku yang ditata rapi olehku. Tetapi ayat-ayat hikmah yang terkandung dalam nalar pemikiran. Sebuah nostalgia yang seakan baru kelmarin terjadi…

Tengah hari itu,

Aku baru sahaja meletakkan motor di barisan pakir kenderaan di jejeran sisi pasaraya besar Tesco berdekatan sini. Tiba-tiba… Satu panggilan kedengaran di gang handphoneku. Sebuah nombor yang asing terpapar. Tidak bernama… entah siapa… angkat atau tidak? Perasaan seakan menyatu dengan fikiran sehingga emosi diri ini sedikit terganggu. Ah, apa salahnya aku menjawabnya…

”Assalamualaikum Ustaz, ni saya yang jumpa ustaz tengahhari tadi di sekolah….”, kata-kata awal yang tidak kupinta datang menerpa. No HPnya memang asing, tapi suaranya dapat kurekam dengan teliti. Tekaanku benar. Nombor asing itu adalah kepunyaan nenek seorang pelajar sekolah yang telah berjumpaku tengahhari tadi. Tujuannya apa?

Jujur saja, bahawa aku sedikit bosan mendengar keluhan dan celotehannya, yang sering mengucapkan hal-hal yang sama. Ah, semoga perasaanku ini tidak dinilai dosa, kerana ia hanyalah persepsi moral sahaja. Sang nenek bercerita panjang lebar.Tapi dapat disingkatkan bahawa beliau berharap agar aku dapat mengajar cucunya di rumahnya secara individu. Selama ini, memang aku lah gurunya di sekolah. Tapi, dia pelajar ’istimewa’ yang berbeza dengan pelajar yang lain. Jadi, kemampuan dan daya kecerdasannya juga berbeza dari qadar orang lain. Dia berumur 14 tahun, tapi perangai, tindak tanduk dan kemampuan ilmiyahnya sangat rendah berbanding budak yang berumur 6 tahun (tadika)…. a.k.a  OKU. Sangat, sangat dan sangat susah mengajarnya! Read the rest of this entry »

Posted in Diary | Leave a Comment »

Forum Isu Sebatan Kartika, APIUM

Posted by thinker on 18/09/2009

UM Petaling Jaya, 16 Sept – Fakulti Jabatan Undang-undang Syariah, Universiti Malaya telah mengadakan satu mini forum di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (APIUM), mengangkat tajuk yang sedang hangat diperkatakan di tanah air Malaysia, bahkan peringkat antarabangsa dengan liputan media BBC dan CNN, iaitu isu sebatan ke atas seorang model wanita yang telah meminum arak di tempat umum (public area). Forum ini menampilkan dua pensyarah dari jabatan berkenaan, iaitu Profesor Dr Raihanah dan Dr Siti Zubaidah. Kedua-dua penceramah membahaskan selama satu jam setengah (10 pagi – 11.30 pagi)  berkenaan realiti berkenaan isu yang sedang diketengahkan, dan menerangkan isu Mahkamah Syariah yang sedang berjuang untuk melaksanakan sebatan ke atas pelaku peminum arak di seluruh negeri di Malaysia. Polemik yang sedang berlangsung di tanah air yang melibatkan tokoh-tokoh sekular turut diungkapkan yang tidak menyokong bahkan menolak hukuman sebatan ke atas peminum arak di Malaysia dengan alasan KEJAM. Pro-Kontra permasalahan berkenaan isu sebatan yang kelihatan kejam, seperti yang dipropagandakan oleh media massa cuba dinafikan oleh para penceramah, bahawasanya sebatan yang dijalankan oleh Mahkamah Syariah (versi Malaysia) adalah berbeza dengan sebatan yang dilakukan oleh Mahkamah Sivil (Civil Court).

Pada dasarnya, penulis melihat forum tersebut adalah forum yang membahaskan secara ilmiyah isu sebatan versi Mahkamah Syariah di Malaysia, dan bukannya membahaskan isu sebatan dalam perspektif syariat Islam. Aneh? Mahkamah Syariah tidak membahaskan sesuatu dalam perspektif syariat Islam? Read the rest of this entry »

Posted in Aktiviti, Diary, Isu Semasa | 3 Comments »

Jangan Marah

Posted by thinker on 31/08/2009

Kelmarin saya menonton rancangan bola sepak di sebuah restoran mamak. Sambil merehatkan minda yang sedang kepenatan sehari suntuk mendepani Laptop tercinta. Sejenak, malam itu dipenuhi para pencinta bola sepak. Red Devils Vs The Gunners, begitulah panggilan bagi kedua team gergasi bola sepak England itu, yang merupakan dua kelab yang tidak pernah akur sesamanya dalam merebut tahta liga domestik, mahupun kompetitif lainnya. Keputusan pada malam itu memihak kepada Red Devils dengan kemenangan 2 – 1.

Marah… Begitulah reaksi yang ditunjukkan oleh para penyokong kelab yang kalah. Kemarahan itu sangat membuak ketika mana para penyokong kelab seberang (pihak lawan) mengejek kelabnya yang sedang mengalami kekalahan itu. Mungkin jika ada pistol digenggam, tentu satu persatu orang-orang yang membuat mereka marah sudah ditembak, agar hatinya puas dan reda.

Marah… Salah satu bahagian dari emosi ini yang memang sulit dikendalikan. Marah untuk kebaikan, sering digunakan untuk membenarkan tindakan kita yang kita anggap benar. Tapi, melihat bentuk kemarahan, adalah lebih baik jika kita menelaahnya terlebih dahulu, barulah kemudian kita bertindak, kerana akibat dahsyat yang dihasilkannya adalah setanding bahkan melebihi bom atom atau nuklear. Tak percaya? Read the rest of this entry »

Posted in Corat Coret, Diary | 2 Comments »