Lautan Pemikiran

Berfikir Jalan Keimanan

Archive for the ‘Fikrah’ Category

Acara Tahun Baru Bertentangan Dengan Islam

Posted by thinker on 31/12/2012

Menjelang tahun baru 2013, secara lazimnya Malaysia adalah seperti negara-negara lain di seluruh dunia, yang akan membuka tirai tahun tahun baru Masehi dengan pelbagain acara, baik yang diselenggara oleh Negara mahupun syarikat-syarikat swasta.

Di ibu kota misalnya, beberapa lokasi terpilih kebiasaannya akan menyambut kemeriahan sambutan ambang tahun baru dengan pengisian pertunjukan bunga api, konsert dan persembahan artis popular serta acara-acara menarik lain. Manakala pada tahun ini, di pusat pentadbiran negara Putrajaya pula, Konsert Ambang 2013 Putrajaya anjuran Kumpulan AmBank akan diadakan di Dataran Putrajaya bermula pukul 5 petang.

Itulah sekilas beberapa acara yang akan disajikan kepada rakyat khususnya di Malaysia ketika menjelangnya detik tahun baru saban tahun. Mungkin tidak ramai yang menyedari tentang hakikat bahawa acara yang dilakukan ini jelas-jelas adalah bentuk kemaksiatan yang nyata di sisi Islam. Bermula dari konsert-konsert hiburan dan nyanyian yang haram kerana pendedahan aurat dan cara pemakaian artis yang tidak menepati syarak, sehinggalah kepada wujudnya percampuran antara lelaki dan wanita ketika majlis itu diadakan, yang jelas tidak mematuhi kehendak syariat Islam. Read the rest of this entry »

Posted in Fikrah | Leave a Comment »

Taat Kepada Amir Adalah Manifestasi Keimanan

Posted by thinker on 13/01/2012

Taat merupakan perkara yang paling asas dalam mewujudkan kedisiplinan baik kepada diri sendiri, mahupun dalam sesebuah keluarga, organisasi, masyarakat dan kepada yang paling besar iaitu Negara. Di sisi lain, taat juga merupakan suatu perkara yang disyariatkan di dalam Islam.

“Katakanlah (Wahai Muhammad): “Taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya…” (TMQ Al-Imran[3]: 32)

Firmannya lagi:

“Segala hukum Yang tersebut adalah batas-batas (Syariat) Allah. dan sesiapa Yang taat kepada Allah dan RasulNya, akan dimasukkan oleh Allah ke Dalam syurga Yang mengalir dari bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan itulah kejayaan Yang amat besar.” (TMQ An-Nisa’[4]: 13)

Seorang muslim ketika diperintahkan oleh pemimpinnya wajib taat dengan melaksanakan perintah tersebut, walaupun bertentangan dengan hawa nafsunya. Rasul SAW bersabda:

“Barangsiapa yang tidak menyukai sesuatu dari amirnya, hendaklah ia bersabar.” (HR Bukhari)

Sabdanya lagi, “Mendengar dan taat itu wajib bagi seorang muslim baik pada perintah yang ia sukai atau yang ia benci. Selama tidak diperintah (melakukan) maksiat. Jika ia diperintah untuk (melakukan) kemaksiatan, maka tidak boleh mendengar dan mentaati.” (HR Bukhari) Read the rest of this entry »

Posted in Fikrah | Leave a Comment »

Syariat Islam Wajib Ditegakkan Tanpa Berkompromi Dengan Kebathilan!

Posted by thinker on 27/09/2010

Jenayah: Perundangan syariah perlu ambil tempat

KUALA LUMPUR, 25 Sept: Ekoran kes jenayah yang tidak berkesudahan, Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) menggesa kerajaan pusat mula membincangkan secara serius perlaksanaan undang-undang syariah sebagai undang-undang alternatif di negara ini.

Ketuanya, Nasruddin Hassan berkara, kes jutawan kosmetik Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain yang dibunuh dan dibakar seakan menggambar sistem perundangan sivil yang sedia ada dilihat kurang berkesan bagi membendung aktiviti jenayah.

“Cadangan kami, iaitu perlaksanaan syariah Islam atau undang-undang jenayah syariah Islam sebagai alternatif bagi mengatasi jenayah yang semakin parah ini,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media petang tadi di Pejabat Agung PAS selepas mesyuarat dewan itu hari ini.

Bagaimanapun katanya, rakyat seharusnya telebih dahulu diberi penjelasan berhubung keadilan perundangan Islam sebelum perlaksanaan dibuat sesuai dengan semangat demokrasi di tanah air.

Tambahnya lagii, alternatif itu juga selaras dengan muafakat yang dipersetujui bersama antara PAS, DAP dan PKR atas nama Pakatan Rakyat. Read the rest of this entry »

Posted in Fikrah, Fokus Berita Hari Ini | 2 Comments »

Kemerosotan Timbul Dari Sistem Kapitalis

Posted by thinker on 28/10/2009

Negeri pakatan pembangkang merosot

KUALA LUMPUR 26 Okt. – Selepas puluhan tahun Barisan Nasional (BN) berjaya mentadbir dan memajukan beberapa negeri seperti Selangor dan Kedah, kini sudah ada tanda pembangunan di negeri terlibat mungkin merosot.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pelbagai isu politik yang membelenggu negeri terbabit akibat masalah kerjasama parti-parti dalam pakatan pembangkang akan membawa kesan pentadbiran yang amat buruk sehingga mengganggu perjalanan pembangunan.

Katanya, perkara itu adalah antara yang paling dibimbanginya, begitu juga para pemimpin BN yang lain.

Tambahnya, rakyat dan pengundi akan menjadi mangsa terhadap kemelut yang berlaku dalam pakatan pembangkang.

“Ini saya bimbang, kalau ada beberapa tahun lagi mereka mentadbir di negeri-negeri yang mereka ada kuasa tetapi tidak ditadbir dengan baik, jadi apa yang sudah kita bangunkan sebelum ini di bawah kerajaan BN mungkin akan merosot dan kesannya ialah nasib hidup rakyat dan pengundi di negeri yang berkenaan akan sulit,” katanya. Read the rest of this entry »

Posted in Fikrah, Fokus Berita Hari Ini | 1 Comment »

Standard Cemerlang Dalam Pandangan Sekular

Posted by thinker on 23/10/2009

Institusi Mahkamah Syariah antara yang cemerlang – Jamil Khir

KUALA LUMPUR 22 Okt. – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom menafikan pendapat sesetengah pihak bahawa institusi Mahkamah Syariah di negara ini berada di bawah prestasi sepatutnya.

Menurutnya, pendapat itu tidak boleh diterima secara keseluruhan kerana Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail sebelum ini pernah menyatakan bahawa institusi berkenaan merupakan antara mahkamah yang cemerlang di negara ini.

”Itu penulisan blog, tetapi Peguam Negara sendiri pernah memberitahu bahawa prestasi semua mahkamah khususnya syariah adalah di antara yang dianggap cemerlang dan baik.

”Kita tidak boleh ambil satu persepsi untuk gambarkan keseluruhan (prestasi),” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Pameran Menuju Ke Makkah: Catatan Perjalanan Sepanjang Zaman di Muzium Kesenian Islam di sini hari ini.

Baru-baru ini, beberapa Mahkamah Syariah di seluruh negara dilaporkan berjaya menyelesaikan kes tuntutan perceraian di kalangan artis terkenal seperti Radhi OAG dan Norish Karman.

Perkembangan itu menyebabkan beberapa penulis blog berpendapat bahawa institusi tersebut hanya berminat menyelesaikan isu berprofil tinggi yang mendapat liputan meluas media. Read the rest of this entry »

Posted in Fikrah, Fokus Berita Hari Ini | Leave a Comment »