Lautan Pemikiran

Berfikir Jalan Keimanan

Archive for the ‘Politik’ Category

Fathul Bari Seleweng Makna Pelaksanaan Takzir

Posted by thinker on 13/12/2011

fathul-bariBaru-baru ini, MCA telah mengadakan forum, yang bertajuk “Hudud dan Implikasi terhadap orang bukan awam” bertempat di Wisma MCA. Salah seorang ahli panel di dalam forum tersebut adalah Pengerusi Jawatankuasa Kerja, Himpunan Ulama Muda Malaysia (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya. Banyak kejanggalan daripada hujah-hujah yang diketengahkan oleh Fathul Bari selaku ulama Parti Sekular UMNO berkenaan hudud di dalam Islam (http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1205&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_02.htm). Antaranya:

Pertama, beliau mengkritik tentang hudud yang mahu dilaksanakan oleh PAS di Kelantan, yang mana mempunyai banyak kesalahan. Maka dari itu, hudud itu tidak boleh dilaksanakan di negeri berkenaan (Kelantan), katanya.

Jika beliau mengatakan bahawa hudud yang mahu diterapkan di negeri Kelantan ini adalah versi PAS dan banyak kesalahan, lalu mengapa beliau sendiri tidak mengemukakan bagaimana versi hudud yang sepatutnya di dalam Islam? Sehingga hudud tersebut dapat diterapkan bukan hanya di Kelantan, bahkan di Malaysia secara keseluruhan. Ini kerana, penerapan hudud bukanlah perjuangan PAS sahaja, melainkan ianya adalah kewajipan seluruh umat Islam yang mahu hukum syariat Islam yang qoth’e ini diterapkan. Read the rest of this entry »

Posted in Fokus Berita Hari Ini, Politik | 2 Comments »

Israel panik kena dakwa?

Posted by thinker on 07/10/2009

BAITULMAQDIS 2 Okt. – Israel yang didakwa melakukan jenayah perang di Genting Gaza dalam satu laporan Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu (PBB), mengambil langkah-langkah luar biasa untuk mengelak para pemimpin politik dan tenteranya didakwa melakukan jenayah perang oleh mahkamah di luar negara.

Rejim Yahudi itu kini mengambil khidmat peguam terkemuka, melobi kerajaan-kerajaan Barat, di sampingmelancarkan kempen perhubungan awam.

Israel menyifatkan siasatan PBB mengenai serangannya ke atas Genting Gaza pada akhir tahun lalu sebagai berat sebelah, tetapi tindak-tanduk terbarunya itu menunjukkan rejim Zionis tersebut benar-benar bimbang.

Laporan PBB itu dipercayai menaikkan semangat kumpulan pro-Palestin yang sejak bertahun-tahun lalu berharap untuk mengheret para pemimpin Israel ke mahkamah di negara-negara yang mengiktiraf konsep ‘bidang kuasa sejagat’ – membolehkan seseorang dibicarakan kerana jenayah yang tidak ada kaitan dengan wilayah atau rakyat negara berkenaan. – AP

Sumber: Utusan Malaysia 3/10/09

Sandiwara PBB dan Israel

Filem antarabangsa yang dilakonkan oleh negara-negara Imperialisme kini bermula lagi. Israel merupakan aktor utama dalam senario yang berlaku di atas. Manakala PBB dan AS merupakan ‘hero’ yang ingin ditonjolkan dalam sandiwara semasa yang penuh dengan kebohongan ini. Palestin pula merupakan negara yang terkontang kanting untuk mendapatkan pembelaan. Persoalannya adalah, Pembelaan dari siapakah yang diharapkan oleh Palestin? Adakah kepada PBB yang  sememangnya merupakan pertubuhan kufur yang tidak pernah menegakkan keadilan di muka bumi, khususnya kepada negara-negara umat Islam! Read the rest of this entry »

Posted in Fokus Berita Hari Ini, Global News, Politik | Leave a Comment »

Contohi Parti Cina?

Posted by thinker on 25/06/2009

PUTRAJAYA 24 Jun – Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria kecewa dengan gelagat sesetengah parti politik yang mendakwa parti Islam tetapi sanggup berkelahi dan memutuskan tali persaudaraan sesama Islam demi menegakkan ideologi politik mereka.

Sambil menyuarakan rasa kecewa dengan kegagalan merealisasikan kerajaan perpaduan Pas-UMNO, Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan 2008 itu berkata, parti yang mendakwa Islam ini bertindak tidak seperti mana DAP yang tidak bergaduh sesama parti Cina lain malah sanggup pula bersatu demi kejayaan kaum sendiri.

‘‘Saya sebenarnya amat berharap benda ini (kerajaan perpaduan) jadi (kenyataan) sebab saya sendiri memperjuangkan supaya masyarakat Melayu dan Islam ini bersatu.

‘‘Tapi saya kecewa. Mereka ini taksub kepada parti sehingga menganggap sesama mereka (dalam parti sendiri dan parti-parti Melayu lain) bukan bersaudara. Politik itu politiklah tapi persaudaraan Islam itu mestilah dijaga, maka haramlah memutuskan tali persaudaraan Islam itu,” katanya kepada Utusan Malaysia hari ini. [Sumber : Utusan Malaysia 25/06/2009] Read the rest of this entry »

Posted in Fokus Berita Hari Ini, Politik | Leave a Comment »

Politik Untuk Siapa?

Posted by thinker on 06/09/2008

Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Che Mat Che Ali berkata, pihaknya sedang meneliti bentuk tindakan yang boleh diambil terhadap imam berkenaan (Ramlang Porigi, pent) kerana melanggar etika tugas dengan terbabit dalam politik.

Utusan Malaysia 6 September 2008

Itulah petikan Utusan Malaysia hari ini berkenaan isu seorang imam yang berdepan tindakan disiplin gara-gara terlibat langsung dalam masalah politik. Bagi saya, situasi ini agak aneh dan membuat saya berfikir sejenak akan makna politik yang mereka fahami. Maaf, tujuan tulisan ini tidak bermaksud untuk mengupas, samaada tindakan Sang Imam itu benar ataukah sebaliknya. Focus tulisan ini adalah berkenaan perihal politik yang sering disalahguna dan salah aplikasi oleh pihak-pihak kapitalis di luar sana. Wah, mungkin agak keterlaluan jika saya mengatakan mereka itu berideolgi kapitalis, tetapi mereka itu ber-ide dengan pemahaman ide kapitalis, dimana politik itu perlu dipisahkan dari aturan agama (idea sekuler). Bagi mereka, hak berpolitik hanya diberikan kepada individu-individu atau kelompok tertentu yang langsung tiada kaitannya dengan aturan agama. Read the rest of this entry »

Posted in Politik | Leave a Comment »

Anwar Vs Shabery – Siapa Pemenang?

Posted by thinker on 20/07/2008

Pada 15 Julai lepas, mata rakyat Malaysia telah tertumpu kepada saluran TV9 untuk menyaksikan debat di antara Dato Seri Anwar Ibrahim [DSAI] dengan Dato Ahmad Shabery Cheek berhubung isu kenaikan harga minyak. Debat yang bertajuk “Hari Ini Membentuk Kerajaan, Esok Turun Harga Minyak!” itu telah mengundang pelbagai reaksi dari pihak media, dari rakyat kebanyakan mahupun dari golongan pemimpin sendiri.Antara yang diperkatakan ialah siapakah yang telah menjadi pemenang dalam debat tersebut, Anwarkah atau Shaberykah? Pihak media kebanyakannya melaporkan dalam keadaan yang lebih adil terhadap kedua-dua pendebat walaupun terdapat sedikit ‘cemuhan’ bahawa Anwar Ibrahim yang dikatakan gagal menunjukkan cara yang mantap bagi menyelesaikan kemelut kenaikan harga minyak ini. Namun demikian, tidak kurang juga pihak yang bersetuju dengan apa yang diperkatakan oleh Anwar. Apa pun, semuanya bergantung kepada persepsi seseorang itu terutamanya kepada para penyokong masing-masing. Read the rest of this entry »

Posted in Politik | Leave a Comment »