Lautan Pemikiran

Berfikir Jalan Keimanan

Membazir – Membelanjakan Harta Pada Maksiat

Posted by thinker on 23/11/2011

Habuan RM30,000 buat pemain Harimau Muda

PETALING JAYA – Selepas skuad bola sepak berjaya mempertahankan pingat emas Sukan SEA dengan penuh dramatik menumpaskan Indonesia di hadapan 100,000 penyokong fanatik Garuda, kejayaan mereka telah mendapat pengiktirafan daripada Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Sultan Ahmad Shah.

Sultan Ahmad yang berasa bangga akan kemenangan tersebut menitahkan akan memberi ganjaran sebanyak RM30,000 bagi setiap pemain dan pegawai yang telah berjuang mengharumkan nama negara sehingga berjaya meraih emas dua kali berturut-turut.
Pengumuman itu telah disampaikan oleh pengurus pasukan bola sepak negara ke Sukan SEA XXVI Indonesia yang juga Naib Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin di Wisma FAM pada sidang media mengenai Jawatankuasa Pertandingan Tempatan, semalam. Read the rest of this entry »

Advertisements

Posted in Fokus Berita Hari Ini | Leave a Comment »

Iklan Mabuk Si Lanun

Posted by thinker on 08/06/2011

Jam kelihatan pukul 12.45 tengah malam. Sampan sedang didayung di lorong yang bukan untuk kapal layar, tapi hanya untuk sampan yang menggunakan 2 pendayung depan dan belakang. Tiada sampan lain di sekitarnya, baik di tepi, depan mahupun di belakang. Itulah suasana laluan laut persekutuan pada jam sekian itu. Ketika sampan sedang memecut pada kelajuan 90km/j sebelum memasuki lembah hitam yang menempatkan para lanun berlesen mengutip cukai, ternampak satu iklan di tepi laluan tersebut. Iklan tersebut ditulis dengan kain rentang berdigital. Lampu kelap-kelip yang menarik perhatian para pedagang, khususnya pedangang yang membawa kapal muatan melebihi 5000 tan ke atas. Dalam hati mengatakan, mungkin geng-geng lanun yang meletakkannya. Iklan berbunyi, “Gunakan Tiket Sentuh & Pergi untuk mengelakkan kesesakan lalulintas”. Aku tersenyum bersimbah marah di dalam hati. Lanun oh lanun, sampai bila kau nak jadi bodoh. Teori kesesakan lalu lintas pun diorang masih tak faham. Hukum sebab akibat pun masih masih tak lepas. Apatah lagi hukum halal dan haram, lagilah Fail! Read the rest of this entry »

Posted in Corat Coret | Leave a Comment »

Seruan Pancasila, Seruan Yang Maksiat!

Posted by thinker on 03/05/2011

Megawati gesa pertahan Pancasila

JAKARTA 1 Mei – Bekas Presiden Indonesia, Megawati Soekarnoputri menggesa pemerintah negara ini bertindak tegas terhadap sebarang ideologi yang menolak prinsip Pancasila seperti mewujudkan Negara Islam Indonesia (NII).

Menurut beliau, selagi pemerintah Indonesia tidak mengambil tindakan konsisten melaksanakan ideologi Pancasila, ia akan membuka ruang bagi kehadiran fahaman lain.

“Kita seharusnya tegas mengenai hal ideologi. Yang kita tahu ideologi kita Pancasila dan itu sebagai konstitusi bangsa dan negara,” kata Megawati.

Ketua Umum Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan itu turut menegaskan, bahawa rakyat Indonesia tidak ada pilihan lain, selain memastikan falsafah Pancasila menjadi benteng kemakmuran negara.

Justeru, di bahu pemerintah terpikul amanah ini bagi mempertahankan Perlembagaan negara, tegasnya berulang kali. Read the rest of this entry »

Posted in Global News | Leave a Comment »

Hanya Khilafah Sebagai Penyelesaian Umat Islam Pada Saat Ini

Posted by thinker on 29/01/2011

Mesir dan Tunisia: Bebaskan SPR dan media

KUALA LUMPUR, 29 Jan: PAS meminta pemerintahan BN segera membuka ruang demokrasi yang adil di Malaysia dengan membebaskan SPR dan media daripada cengkaman parti pemerintah seterusnya bersedia untuk berhadapan dengan Pakatan Rakyat di padang yang sama rata.

“Kita tidak mahu situasi tegang sedemikian (di Mesir dan Tunisia sekarang) berlaku di negara ini,” kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam kenyataannya bagi mengulas apa yang berlaku di Tunisia dan Mesir sekarang.

“Tetapi dunia membuktikan ketegangan di antara rakyat dan pemerintah itu berpunca daripada sikap pemerintah itu sendiri,” kata Abdul Hadi.

Rentetan dari perkembangan kebangkitan kuasa rakyat di Asia Barat secara umumnya dan di Mesir khususnya di waktu ini, Parti Islam SeMalaysia (PAS) mendesak semua kerajaan yang memerintah di waktu ini di Asia Barat agar segera menghentikan segala bentuk tindakan ganas kepada rakyat mereka sendiri yang terlibat dengan perhimpunan tunjuk perasaan.

Di Mesir, katanya, umum mengetahui bahawa demokrasi telah dicabul teruk dan pentadbiran Presiden Hosni Mubarak mesti bertanggungjawab terhadap pencabulan tersebut dan bersedia berhadapan dengan desakan rakyat supaya beliau meletakkan jawatan. Read the rest of this entry »

Posted in Fokus Berita Hari Ini | Leave a Comment »

Arak: Kekeliruan Dalam Menanganinya

Posted by thinker on 20/01/2011

Arak: Pemuda PAS Wilayah sokong Hasan Ali

KUALA LUMPUR, 14 Jan: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) menyokong pandangan Exco Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Dr Hasan Ali yang mahukan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) menguatkasakan larangan umat Islam bekerja di premis menjual arak.

Naib ketuanya, Mohamad Suhaimi Abdul Aziz berkata, sebelum ini, MPSJ telah menguatkuasakan larangan umat Islam bekerja di tempat menjual minuman keras namun arahan itu telah ditarik balik oleh Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Ronnie Liu.

Dalam hal ini, katanya DPPWP merasa kagum terhadap Hasan Ali yang bertegas dengan prinsip Islam.

Tambahnya, hukum Islam telah jelas menyatakan haram bagi umat Islam bekerja di premis yang menyediakan minuman keras apatah lagi meminumnya.

“Tindakan beliau dengan jelas membuktikan bahawa PAS tidak pernah menggadaikan prinsip dan maruahnya meskpiun bersahabat dengan pelbagai parti politik.

“Dasar PAS yang berjuang untuk Islam sejak dahulu hingga kini tidak pernah berubah walaupun bermacam halangan yang melanda,” ujarnya. Read the rest of this entry »

Posted in Fokus Berita Hari Ini | Leave a Comment »