Lautan Pemikiran

Berfikir Jalan Keimanan

Isu PPSMI – Bukti Kerosakan Sistem Pendidikan Sekuler

Posted by thinker on 20/03/2009

ppsmi

PUTRAJAYA 19 Mac – Kementerian Pelajaran masih membuka ruang untuk mendengar pandangan pelbagai pihak mengenai kedudukan muktamad dasar pelaksanaan program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). (Utusan Malaysia, 20/3/2009)

Isu PPSMI seharusnya sudah cukup menjadi bukti (prove) kepada orang ramai, bahawa sistem pendidikan yang diterapkan kepada masyarakat kita jelas tidak menjamin kesejahteraan. Polemik yang menimbulkan banyak persepsi dan tanggapan dari pelbagai pihak, baik dari pihak yang pro-kerajaan ataupun yang pro-pembangkang, semuanya menggunakan dalih akal untuk memperkuatkan argumentasi masing-masing. Jarang sekali mereka bertanyakan kepada guru-guru yang mengajar di dalam bidang tersebut di dalam semua arena. Baik di bandar, daerah, desa dan kampung. Adakah benar, sistem PPSMI yang telah diterapkan sekitar lebih 6 tahun ini adalah sistem yang diinginkan oleh para guru dan murid untuk menaikkan taraf berfikir dan pendidikan negara Malaysia

Baru-baru ini, negara kita dikejutkan dengan isu pelajar cemerlang bagi seluruh tanah air, yang mana pelajar tersebut tumbuh dari keluarga yang serba dhaif (kekurangan). Rumah yang usang, sudah cukup membuat kita berfikir walau sejenak tentang realiti sistem pendidikan negara sekuler seperti malaysia. Ini semua sudah cukup memberi alasan kepada kita sebagai manusia yang dikurniakan akal, agar tidak lagi berharap kepada sistem yang sememangnya tidak mendatangkan kesejahteraan kepada rakyat secara keseluruhan. tetapi, hanya mendatangkan kesejahteraan bagi golongan atas dan golongan pemodal (kapital) sahaja.

Sudah seharusnya sebagai orang yang mengaku dirinya beriman kepada Allah SWT Sang Pengatur jagat raya ini, agar meyakini bahawa tuhan semesta alam ini tidak menciptakan segala sesuatu dengan sia-sia. Allah SWT mengutus rasul tercinta kepada umatnya agar kita mengikuti segala sisi wahyu yang disampaikan olehnya, agar kita menjadi umat yang terbilang dan gemilang. Ini tidak dapat dicapai dengan hanya mengambil hukum Allah SWT sebahagian-sebahagian, melainkan dengan menerapkan islam secara kaffah (total). Allah SWT berfirman:

“Wahai orang-orang yang beriman masuklah kamu kepada Islam secara menyeluruh. Dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaithan. Sesungguhnya syaithan itu musuh yang nyata bagi kamu.” (TQS Al-Baqarah[2]: 208).

Wallahu’alam

Leave a comment