Lautan Pemikiran

Berfikir Jalan Keimanan

Iklan Mabuk Si Lanun

Posted by thinker on 08/06/2011

Jam kelihatan pukul 12.45 tengah malam. Sampan sedang didayung di lorong yang bukan untuk kapal layar, tapi hanya untuk sampan yang menggunakan 2 pendayung depan dan belakang. Tiada sampan lain di sekitarnya, baik di tepi, depan mahupun di belakang. Itulah suasana laluan laut persekutuan pada jam sekian itu. Ketika sampan sedang memecut pada kelajuan 90km/j sebelum memasuki lembah hitam yang menempatkan para lanun berlesen mengutip cukai, ternampak satu iklan di tepi laluan tersebut. Iklan tersebut ditulis dengan kain rentang berdigital. Lampu kelap-kelip yang menarik perhatian para pedagang, khususnya pedangang yang membawa kapal muatan melebihi 5000 tan ke atas. Dalam hati mengatakan, mungkin geng-geng lanun yang meletakkannya. Iklan berbunyi, “Gunakan Tiket Sentuh & Pergi untuk mengelakkan kesesakan lalulintas”. Aku tersenyum bersimbah marah di dalam hati. Lanun oh lanun, sampai bila kau nak jadi bodoh. Teori kesesakan lalu lintas pun diorang masih tak faham. Hukum sebab akibat pun masih masih tak lepas. Apatah lagi hukum halal dan haram, lagilah Fail!

Si lanun-lanun ni, mungkin masih tak sedar atau buat-buat tak sedar, bahawa laluan laut persekutuan tu tak mungkin akan sesak walau sebanyak mana pun kapal berlayar di situ, kerana kapal-kapal yang lalu di situ bukanlah dok parkir di tengah-tengah laut untuk menyedut udara laut semata. Akan tetapi, mereka berlayar dan terus belayar sehingga ke destinasi masing-masing, ibarat  air yang mengalir. Tapi dek kerana adanya para lanun yang menyekat di tengah-tengah perairan domestik itu lah, maka perairan di selat belalang, tanjung shah beralam sehingga petaling baya itu menjadi sesak khususnya di waktu pagi dan petang. Al-maklumlah kapal-kapal dagang dok sibuk berdagang dan nak balik ke rumah masing-masing pada waktu ketika itu. Lanun-on Lanun, mahu kuketuk kepala kalian!

Leave a comment