Lautan Pemikiran

Berfikir Jalan Keimanan

Tiada Maaf Bagi Israel

Posted by thinker on 23/07/2010

Israel mesti minta maaf

ANKARA 5 Julai – Turki akan memutuskan hubungan diplomatik dengan Israel melainkan rejim Zionis itu memohon maaf atas tindakan komandonya menyerang kapal bantuan kemanusiaan ke Genting Gaza pada Meli lalu, sehingga menyebabkan sembilan warga Turki terkorban.

Hubungan akan diputuskan kecuali Israel memohon maaf atau menerima keputusan siasatan antarabangsa berhubung serangan pada 31 Mei lalu ke atas Flotila Pembebasan menuju ke Gaza, kata Menteri Luar Turki, Ahmet Davutoglu yang dipetik oleh akhbar Hurriyet hari ini.

Turki sehingga kini menuntut siasatan antarabangsa dijalankan berhubung insiden tersebut tetapi Davutoglu tidak menolak peranan suruhanjaya siasatan Israel sendiri bagi menyiasat serangan itu.

“Jika suruhanjaya itu memutuskan serangan tersebut tidak wajar dan jika mereka memohon maaf, tindakan sedemikian sudah memadai,” katanya.

Sebaliknya, jika Israel enggan memohon maaf, ia perlu membenarkan siasatan antarabangsa yang saksama dijalankan berhubung insiden itu, katas Davutoglu.

Beliau tetap berkeras menuntut rejim Zionis itu membayar ganti rugi kepada keluarga mangsa.

Davutoglu juga berkata, Turki telah menutup ruang udaranya kepada semua pesawat tentera Israel sebagai tindak balas terhadap serangan itu.

“Keputusan ini bukan diambil untuk satu dua kapal terbang,” katanya, sambil menyuarakan kemungkinan penutupan itu diperluaskan meliputi penerbangan awam.

Di Tel Aviv, seorang jurucakap Kementerian Luar Israel dalam reaksi terhadap tuntutan Turki itu berkata, Israel sama sekali tidak akan memohon maaf kerana mempertahankan rakyatnya.

“Sudah tentulah kami berasa kesal dengan kehilangan nyawa tetapi bukan pihak Israel yang memulakan serangan,” kata jurucakap berkenaan, Yigal Palmor. – AFP

Sumber: Utusan Malaysia 06/07/10

Daripada berita di atas, ada 3 perkara yang perlu dinilai oleh kita semua sebagai umat Islam yang celik dan peka terhadap isu-isu poltik dunia, khususnya yang menyangkut peirhal kaum Muslimin.

Pertama, Zionis Israel memang telah nyata dan sangat jelas memusuhi Allah, Rasulullah dan Umat Islam. Kebencian mereka telah terzahir sejak dahulu lagi. Bermula dengan pembunuhan dan pengkhianatan mereka terhadap para Nabi dan para  pengikutnya yang soleh, sehinggalah dengan apa yang mereka lakukan kini terhadap umat Islam. Sirah Nabawiyyah juga menjelaskan betapa buruknya sikap mereka di saat mereka bernaung di dalam Daulah Islam. Mereka melanggar perjanjian yang telah mereka sepakati (melalui Piagam Madinah). Jika pada saat itu, Rasul melancarkan jihad terhadap pengkhianatan mereka itu, tetapi kini umat Islam sudah tiada daya dan kekuatan itu semua kerana mereka (umat Islam) telah dipisah-pisahkan dengan sempadan Ashobiyah, ditambah pula dengan adanya para pemimpin yang mengikut telunjuk Kuffar Barat dan takut untuk menghadapi mereka. Walhal, kekuatan umat Islam itu jauh lebih hebat dari segala aspek, apatah lagi dengan adanya pertolongan daripada Allah SWT jika sekiranya mereka beriman dan beramal soleh (surah an-Nur ayat 55).

Kedua, sesungguhnya sikap pemimpin Negara Turki yang hanya kesal di atas kematian 9 orang rakyatnya yang dibunuh oleh tentera Zionis Israel, menunjukkan betapa mendarah dagingnya sikap wathoniyah dan ashobiyah yang tertanam di dalam diri mereka. Seharusnya mereka sedar, baik siapa pun yang mati dibunuh oleh Zionis Israel, mereka itu adalah orang-orang Muslim, yang mana mereka (Yahudi) tidak akan pernah senang dan redha dengan umat Islam (surah al-Baqarah ayat 120). Apa yang lebih membuat kita terkilan dengan sikap Negara Turki ialah mereka hanya mahu permohonan maaf daripada Negara Israel di atas apa yang berlaku, dan bagi mereka itu sudah memadai bagi mereka. Dan jika mereka (Israel) enggan berbuat demikian, mereka hanya mahu siasatan antarabangsa dijalankan ke atas insiden tersebut. Lihatlah wahai Umat Islam, betapa bodoh dan bercelarunya pemikiran pemimpin umat Islam kini, yang tidak nampak dengan jelas penyelesaian yang seharusnya mereka lakukan, bahkan mereka kabur dan tidak nampak permasalahan sebenar yang sedang mereka hadapi itu. Ia bukan hanya melibatkan serangan ke atas beberapa orang individu, tetapi ia merupakan penghinaan dan pembunuhan ke atas Islam dan penganutnya, baik di bumi Palestin khususnya dan di luar dari tanah suci tersebut.

Ketiga, masalah Palestin bukanlah isu untuk rakyat Palestin sahaja, tetapi ianya adalah isu umat Islam sejagat yang memerlukan pembelaan dari sebuah Negara (Islam) yang akan memerangi dan melancarkan jihad ke atas (rejim) Zionis Yahudi yang telah merampas tanah-tanah umat Islam, serta membunuh sekian banyaknya nyawa umat mereka. Begitulah yang telah dilakukan oleh Rasulullah SAW dengan melancarkan jihad ke atas kaum Yahudi Qainuqa’ yang telah melakukan kelakuan biadab ke atas seorang Muslimah. Bukan itu sahaja, Rasulullah juga memerangai kaum Yahudi Quraizah yang telah melakukan pengkhianatan dengan melanggar perjanjian yang telah disepakati. Tindakan Rasulullah SAW itu juga dicontohi oleh Khalifah Mu’tashim Billah pada zamannya (Abbasiyah). Beliau menyahut seruan seorang Muslimah yang meminta pertolongan kerana diganggu oleh orang Rom, kainnya dikaitkan ke paku sehingga ketika berdiri terlihatlah sebagian auratnya. Wanita itu lalu berteriak memanggil nama Khalifah Al-Mu’tashim billah dengan lafaz yang terkenal: “Waa mu’tashimaah!. Setelah mendapat laporan tentang kebiadapan ini, maka beliau dengan segera mengerahkan puluhan ribu pasukan untuk menyerbu kota Amoria dan mengalahkan semua prajurit kafir yang ada di sana (30 000 prajurit Rom terbunuh dan 30 000 yang lain ditawan). Seseorang meriwayatkan bahawa panjangnya barisan tentera ini tidak putus dari istana khalifah sehingga kota Amoria, kerana banyaknya bilangan tentera. Setelah menduduki kota tersebut, khalifah memanggil seseorang untuk ditunjukkan di mana rumah wanita tersebut. Ketika berjumpa dengannya, Mu’tashim mengucapkan, “Wahai saudariku, adakah aku telah memenuhi seruanmu?”. Setelah itu, orang Rom yang telah mengganggunya dijadikan hamba bagi wanita tersebut.

Leave a comment