Lautan Pemikiran

Berfikir Jalan Keimanan

Tinta Berkarat di Senja Hari

Posted by thinker on 31/12/2012

31 Disember 2012,

18.00, Di saat menunggu waktu pulang kerja

Seharian di depan komputer,

Kerja-kerja kebanyakannya sudah siap. Hampir seharian menghabiskan waktu dengan membaca di depan komputer. Tiba-tiba teringatkan blog tercinta. Singgah sebentar. Sudah terlalu lama tidak diupdate, bahkan link-link teman yang dipapar di dalam blog ini juga hampir majoritinya sudah tidak diupdate, ada yang ‘terkunci’ dan bahkan ada juga yang sudah ‘ditutup’. Lucu bila melihat ada blog teman yang kali terakhir meng-updatenya adalah pada 2 – 3 tahun yang lalu. Mungkin zaman sekarang blog sudah kurang laku. Facebook menang, walau keduanya berbeza fungsinya.

10minit,  – hanya sekadar menitipkan curhat di sore hari. kerana sekarang sudah waktunya untuk pulang menatap orang-orang yang kucintai… Bulan & Luqman al-Hakim, Doakan abi smg selamat sampai ke rumah 🙂

18.11 – Pen Off

Posted in Corat Coret, Diary | Leave a Comment »

Acara Tahun Baru Bertentangan Dengan Islam

Posted by thinker on 31/12/2012

Menjelang tahun baru 2013, secara lazimnya Malaysia adalah seperti negara-negara lain di seluruh dunia, yang akan membuka tirai tahun tahun baru Masehi dengan pelbagain acara, baik yang diselenggara oleh Negara mahupun syarikat-syarikat swasta.

Di ibu kota misalnya, beberapa lokasi terpilih kebiasaannya akan menyambut kemeriahan sambutan ambang tahun baru dengan pengisian pertunjukan bunga api, konsert dan persembahan artis popular serta acara-acara menarik lain. Manakala pada tahun ini, di pusat pentadbiran negara Putrajaya pula, Konsert Ambang 2013 Putrajaya anjuran Kumpulan AmBank akan diadakan di Dataran Putrajaya bermula pukul 5 petang.

Itulah sekilas beberapa acara yang akan disajikan kepada rakyat khususnya di Malaysia ketika menjelangnya detik tahun baru saban tahun. Mungkin tidak ramai yang menyedari tentang hakikat bahawa acara yang dilakukan ini jelas-jelas adalah bentuk kemaksiatan yang nyata di sisi Islam. Bermula dari konsert-konsert hiburan dan nyanyian yang haram kerana pendedahan aurat dan cara pemakaian artis yang tidak menepati syarak, sehinggalah kepada wujudnya percampuran antara lelaki dan wanita ketika majlis itu diadakan, yang jelas tidak mematuhi kehendak syariat Islam. Read the rest of this entry »

Posted in Fikrah | Leave a Comment »

Perjuangan Pekida Yang Keliru

Posted by thinker on 26/12/2012

Perjuangan yang keliru, itulah kalimat yang tepat diberikan kepada Pertubuhan Pekida. Manakan tidak keliru, mereka mengiktiraf persatuannya sebagai pejuang kepada agama, bangsa dan Negara. Tetapi pada masa yang sama mereka telah merosakkan agama, bangsa dan Negara dengan menyokong Negara sekuler yang dipimpin oleh Barisan Nasional pada masa sekarang ini yang jelas-jelas bertentangan dengan agama Islam itu sendiri. Baru-baru ini ketika Mesyuarat Agung Pekida Malaysia ke-18, melalui Presidennya, Jamaludin Yusof mengatakan bahawa:

“Pekida mempunyai misi dan visi tersendiri iaitu menegakkan Islam dan memastikan bangsa Melayu terus menjadi tunjang negara. Kita akan terus mempertahankan agama, bangsa dan negara walaupun terpaksa berjuang hingga ke titisan terakhir.

Sungguh naif perjuangan yang didengungkan oleh Presiden Pekida. Pada hakikatnya kita diseru oleh Allah dan Rasulnya agar memastikaa bahawa Islam sebagai tunjang dan asas kehidupan termasuklah dalam aspek pemerintahannya. Bukan menjadikan melayu sebagai tunjang Negara.

Di dalam ucapannya juga, Jamaludin Yusof juga mengatakan bahawa beliau sedang mencari formula bagaimana untuk menyatukan kesemua anggota supaya perjuangan kita mencapai matlamatnya. Padahal Allah SWT di dalam al-Quran telah memberi formula yang ampuh untuk menyatupadukan umat manusia keseluruhannya, dan tidak hanya terbatas kepada orang-orang melayu sahaja. Firman Allah SWT: Read the rest of this entry »

Posted in Fokus Berita Hari Ini | Leave a Comment »

Taat Kepada Amir Adalah Manifestasi Keimanan

Posted by thinker on 13/01/2012

Taat merupakan perkara yang paling asas dalam mewujudkan kedisiplinan baik kepada diri sendiri, mahupun dalam sesebuah keluarga, organisasi, masyarakat dan kepada yang paling besar iaitu Negara. Di sisi lain, taat juga merupakan suatu perkara yang disyariatkan di dalam Islam.

“Katakanlah (Wahai Muhammad): “Taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya…” (TMQ Al-Imran[3]: 32)

Firmannya lagi:

“Segala hukum Yang tersebut adalah batas-batas (Syariat) Allah. dan sesiapa Yang taat kepada Allah dan RasulNya, akan dimasukkan oleh Allah ke Dalam syurga Yang mengalir dari bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan itulah kejayaan Yang amat besar.” (TMQ An-Nisa’[4]: 13)

Seorang muslim ketika diperintahkan oleh pemimpinnya wajib taat dengan melaksanakan perintah tersebut, walaupun bertentangan dengan hawa nafsunya. Rasul SAW bersabda:

“Barangsiapa yang tidak menyukai sesuatu dari amirnya, hendaklah ia bersabar.” (HR Bukhari)

Sabdanya lagi, “Mendengar dan taat itu wajib bagi seorang muslim baik pada perintah yang ia sukai atau yang ia benci. Selama tidak diperintah (melakukan) maksiat. Jika ia diperintah untuk (melakukan) kemaksiatan, maka tidak boleh mendengar dan mentaati.” (HR Bukhari) Read the rest of this entry »

Posted in Fikrah | Leave a Comment »

Fathul Bari Seleweng Makna Pelaksanaan Takzir

Posted by thinker on 13/12/2011

fathul-bariBaru-baru ini, MCA telah mengadakan forum, yang bertajuk “Hudud dan Implikasi terhadap orang bukan awam” bertempat di Wisma MCA. Salah seorang ahli panel di dalam forum tersebut adalah Pengerusi Jawatankuasa Kerja, Himpunan Ulama Muda Malaysia (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya. Banyak kejanggalan daripada hujah-hujah yang diketengahkan oleh Fathul Bari selaku ulama Parti Sekular UMNO berkenaan hudud di dalam Islam (http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1205&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_02.htm). Antaranya:

Pertama, beliau mengkritik tentang hudud yang mahu dilaksanakan oleh PAS di Kelantan, yang mana mempunyai banyak kesalahan. Maka dari itu, hudud itu tidak boleh dilaksanakan di negeri berkenaan (Kelantan), katanya.

Jika beliau mengatakan bahawa hudud yang mahu diterapkan di negeri Kelantan ini adalah versi PAS dan banyak kesalahan, lalu mengapa beliau sendiri tidak mengemukakan bagaimana versi hudud yang sepatutnya di dalam Islam? Sehingga hudud tersebut dapat diterapkan bukan hanya di Kelantan, bahkan di Malaysia secara keseluruhan. Ini kerana, penerapan hudud bukanlah perjuangan PAS sahaja, melainkan ianya adalah kewajipan seluruh umat Islam yang mahu hukum syariat Islam yang qoth’e ini diterapkan. Read the rest of this entry »

Posted in Fokus Berita Hari Ini, Politik | 2 Comments »